Kelas Asas Komputer, Microsoft Power Point Dan Elearning Abcya.Com

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

6 Disember 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Kelas Asas Pengenalan Komputer, Asas Microsoft Power Point dan eLearning Abcya.com yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi. Seramai 7 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mengenai computer, Microsoft Power Point dan cara-cara menggunakannya dan juga pembelajaran digital menggunakan aplikasi abcya.com kerana ianya berbentuk permainan yang boleh menarik minat dikalangan pelajar sekolah rendah.

Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan kepada komputer, perkakasan asas computer, cara memasukkan Text dan Animation bagi perisian Microsoft Power Point dan pembelajaran eLearning seperti permainan mengeja menggunakan huruf-huruf yang diberikan dan permainan matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali